Keselamatan Dana Anda
ialah Keutamaan kami

Kami di HFM memahami bahawa pedagang yang berjaya perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap dagangan, bukannya bimbang tentang keselamatan dana mereka. Oleh itu, kami mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan tahap keselamatan yang mencukupi bagi dana anda.

Insurans Mendahului Pasaran

Syarikat ini telah meningkatkan usaha bagi melindungi liabilitinya terhadap Pelanggan dan pihak ketiga yang lain dengan program insurans Liabiliti Sivil bagi had sebanyak €5,000,000, yang termasuk perlindungan mendahului pasaran terhadap ralat, ketinggalan, kecuaian, penipuan dan pelbagai risiko lain yang mungkin menyebabkan kerugian kewangan.

Lihat Sijil Insurans

Peneraju industri; keselamatan kewangan mendahului

Jenama HFM telah menjadi peneraju global dalam perdagangan dalam talian, yang mengkhusus dalam forex, derivatif untuk saham AS dan UK, komoditi, logam spot, dan indeks. Keselamatan dana pelanggan telah menjadi sebahagian daripada falsafah kami di samping keadaan dagangan yang tidak dapat ditandingi dan sokongan pelanggan. Dengan pengiktirafan global untuk kecemerlangan, reputasi yang kukuh, dan perkhidmatan yang memenangi pelbagai anugerah, para pelanggan kami yakin bahawa dana mereka dibawah penjagaan yang selamat.

Akaun dengan bank-bank utama

HFM membuat keputusan untuk hanya menggunakan bank-bank global utama. Kekuatan dan kedudukan antarabangsa jenama HFM memboleh syarikat ini memberikan kecairan melalui bank-bank utama.

Pengasingan dana

Dana pelanggan diterima dalam akaun bank yang berasingan daripada bank yang digunakan oleh syarikat. Dana-dana ini tidak dimasukkan dalam kunci kira-kira dan tidak boleh digunakan untuk membayar balik pemberi pinjaman jika berlaku kejadian tidak diingini seperti keingkaran Syarikat.

Perlindungan Baki Negatif

Turun naik kerap berlaku dalam pasaran. Dasar perlindungan baki negatif HFM bermakna walaupun dalam keadaan turun naik yang tinggi apabila panggilan margin dan henti keluar tidak berfungsi dengan betul, pelanggan tidak bertanggungjawab untuk membayar balik baki negatif.

Pengurusan Risiko

Syarikat sentiasa mengenal pasti, menilai dan memantau setiap jenis risiko yang berkaitan dengan operasinya. Ini bermakna menilai secara berterusan keberkesanan dasar, penyusunan dan prosedur sedia ada yang membolehkan syarikat dengan mudah dapat menanggung keperluan kewangan mereka dan keperluan modal pada bila-bila masa.